Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online Mulai 12 Julai 2021

Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online Mulai 12 Julai 2021|ANDA ingin mohon pengeluaran i-Citra KWSP? Berita baik buat semua pencarum KWSP yang berkelayakan membuat permohonan pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan i-Citra KWSP 2021 bakal dibuka secara atas talian (online) mulai 12 Julai 2021 hingga tarikh tutup 30 September 2021 menerusi Laman Web Rasmi i-Citra.

Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online Mulai 12 Julai 2021

Sedia maklum, menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program i-Citra yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh lima (5) bulan kepada semua pencarum KWSP. Menerusi program i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.


Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online Mulai 12 Julai 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP termasuk syarat kelayakan dan semakan status:


Cara Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online

1. Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP 2021 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021.

2. Isikan Nombor MyKad/ MyPR dan nombor telefon bimbit.

3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.

5. Tekan TERUSKAN.

6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

7. Semak semua maklumat dan tandakan TICK sebelum tekan HANTAR.

Permohonan i-Citra KWSP 2021 Online Mulai 12 Julai 2021


Syarat Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP 2021

Antara syarat kelayakan pengeluaran i-Citra KWSP adalah seperti berikut:

1. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. 

2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.


Semakan Status i-Citra KWSP 2021 Online

1. Semakan status pengeluaran i-Citra KWSP 2021 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.

2. Kemudian, pergi ke bahagian bawah sekali.

3. Lihat butang SEMAK STATUS. 

4. Anda kini boleh lihat maklumat status permohonan anda seperti yang terpapar di screen.


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Citra, sila layari ke laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP 2021 secara online ini dijadikan rujukan buat semua pencarum KWSP!

No comments

Powered by Blogger.