Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Online Mulai 1 April 2022

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Online Mulai 1 April 2022|ANDA ingin mohon Pengeluaran Khas KWSP? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 secara online. Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 April 2022 menerusi Laman Web Rasmi Pengeluaran Khas.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Online Mulai 1 April 2022

Sedia maklum, Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Online Mulai 1 April 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pengeluaran Khas KWSP termasuk syarat kelayakan, jumlah pengeluaran dan semakan status:

Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 Online

Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat secara online menerusi pautan di http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi Aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.

Rujuk langkah permohonan berikut:

1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan. Tekan TERUSKAN.
7. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
8. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan "HANTAR".

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Online Mulai 1 April 2022

Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Antara Syarat Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP adalah seperti berikut:

- Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pengeluaran Khas KWSP, sila layari di Laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my

Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.