Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 Online Bagi Golongan B40
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 Online Bagi Golongan B40|ANDA ingin mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)? Berita baik buat anda yang berminat dan ingin memiliki rumah idaman sendiri dan pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPNB atau boleh mendapatkan borang secara manual di cawangan SPNB.
Sedia maklum, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 Online Bagi Golongan B40
Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuk syarat kelayakan permohonan, ciri perumahan dan aplikasi permohonan:
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online
1. Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/.
2. Klik pada pendaftaran baru.
3. Kemudian, isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.
4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.
5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.
6. Isikan maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.
7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021
Antara syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Ciri Program Rumah Mesra Rakyat 2021
Artikel Berkaitan:
👉 Permohonan Rumah PPR 2021 Online
👉 Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RMR, sila mendapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari Portal SPNB di https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/.
Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment