Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November|BILAKAH tarikh semakan status permohonan rayuan BSH 2020 bakal diumumkan? Berita baik buat pemohon BSH yang ingin ketahui tarikh semakan status rayuan Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Menerusi LHDNM, telah memaklumkan bahawa tarikh semakan status permohonan rayuan BSH 2020 adalah mulai 16 November 2020.

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November


Sedia maklum, jika pemohon ada buat rayuan BSH 2020 atau BSH FASA 3, anda boleh membuat semakan status pada tarikh tersebut.


Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status permohonan rayuan BSH 2020 termasuk senarai kod rayuan:


Cara Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020

1. Semakan status rayuan BSH boleh dibuat menerusi laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang carian.

3. Masukkan captcha yang dipaparkan dan tekan butang ‘semak.


Maksud Status Permohonan BSH Yang Dipaparkan

Status Permohonan / Rayuan BSH yang akan dipaparkan beserta maksudnya adalah seperti disenaraikan di bawah ini.

1. PERMOHONAN DITERIMA – Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan.

2. BELUM KEMAS KINI – Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.

3. TIDAK LAYAK – Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

4. TIADA REKOD – Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini.


Senarai Kod Rayuan BSH 2020

Berikut adalah senarai Kod Tidak Lulus dan Alasan Tidak Lulus:

KOD 05

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

KOD 07

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000

KOD 09

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000

KOD 12

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

KOD 13

Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

KOD 34

Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.

Nota: Pemohon boleh buat rayuan BSH 2020 secara dalam talian dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan satu (1) Kod Alasan Tidak Lulus atau Rayuan Tambahan bagi pemohon yang  Lulus BSH 2020 seperti di atas sahaja.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan ingin maklumat terperinci berkaitan rayuan BSH 2020, sila hubungi LHDNM di saluran berikut:

No. Telefon : 1-800-88-2747

Facebook Page : LHDNM

Portal Rasmi : BSH

Semoga perkongsian Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Mulai 16 November ini dijadikan rujukan buat pemohon BSH!

No comments

Powered by Blogger.