Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Kategori "Tiada Rekod"

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Kategori "Tiada Rekod"|ANDA ingin mohon baru BSH 2020? Perhatian buat penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 adalah "Tiada Rekod". Menerusi FAQ BSH LHDN, bagi penerima BPN bagi kategori B40 iaitu jumlah kelulusan RM1600/ RM800 tetapi permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 tiada rekod boleh mengemukakan permohonan baru BSH secara manual di Cawangan LHDN.

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Kategori "Tiada Rekod"

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Kategori "Tiada Rekod"

Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Baru BSH 2020

Permohonan baru BSH 2020 boleh dibuat secara manual dengan hadir ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berdekatan.

Kategori B40 Yang Layak Buat Permohonan Baru BSH

Hal ini dirujuk daripada FAQ LHDNM, bagi kes penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 adalah Tiada Rekod. Anda boleh membuat Permohonan BSH 2020 dalam  tempoh rayuan ini.

Namun bukan semua penerima BPN layak mohon BSH, hanya penerima BPN yang layak sahaja.

Soalan Lazim Permohonan Baru BSH

1. Saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 adalah Tiada Rekod. Adakah saya boleh membuat Permohonan BSH 2020 semasa tempoh rayuan?

Tuan boleh membuat Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 semasa tempoh rayuan sekiranya tuan telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi kategori B40 iaitu jumlah kelulusan RM1600 / RM800. Permohonan Baru BSH 2020 boleh dibuat secara manual ke Cawangan LHDNM.

2. Saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan juga telah memohon BSH 2020, adakah Permohonan Rayuan BSH 2020 saya boleh diluluskan?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah bantuan yang berbeza dari Bantuan Sara Hidup (BSH).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Semoga perkongsian Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Kategori "Tiada Rekod" ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.