Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40|ANDA ingin mohon Rumah Mesra Rakyat? Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri dan pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPNB atau dapati borang secara manual di cawangan SPNB yang berdekatan mulai 16 November 2020.

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40


Sedia maklum, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuk syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara mohon:


Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/.

2. Klik pendaftaran baru.

3. Kemudian, isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.

4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.

5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.

6. Isikan maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.

7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.

8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.


Syarat Kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat 2020

Antara syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas

3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna

5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut

6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)

7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan


Ciri Program Rumah Mesra Rakyat 2020

Berikut dikongsikan Ciri Program Rumah Mesra Rakyat 2020:

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah PPR 2021 Online

👉 Permohonan Rumah PPAM 2021 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari di laman sesawang https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/.

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.