Permohonan Rayuan BPN 2.0 Online Bagi Status "Tidak Lulus"

Permohonan Rayuan BPN 2.0 Online Bagi Status "Tidak Lulus"|ANDA ingin mohon rayuan BPN 2.0? Berita baik buat pemohon BPN yang mendapat status permohonan "Tidak Lulus" Bantuan Prihatin Nasional 2.0 baru-baru ini. Untuk makluman anda, permohonan rayuan BPN 2.0 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi BPN.

Permohonan Rayuan BPN 2.0 Online Bagi Status "Tidak Lulus"


Sedia maklum, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bakal diberikan kepada setiap penerima mengikut kategori masing-masing iaitu RM1,000 bagi B40 isi rumah, RM500 bagi B40 bujang, RM600 bagi M40 isi rumah dan RM300 bagi M40 bujang. Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada 26 Oktober 2020 dan bulan Januari 2021.


Permohonan Rayuan BPN 2.0 Online Bagi Status "Tidak Lulus"

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Rayuan BPN 2.0 secara online:


Cara Permohonan Rayuan BPN 2.0 Online

Sebelum membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda perlu buat semakan BPN 2.0 terlebih dahulu. Ini adalah untuk melihat status Lulus atau Tidak Lulus.

1. Layari laman web rasmi BPN menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my.

2. Lihat pada bahagian Semakan Status. Kemudian, masukkan Nombor MyKad anda.

3. Klik butang Carian. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan.

4. Klik pada butang Semak.

5. Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan dipaparkan:

- Lulus

- Tidak Lulus

- Tiada Rekod

- Tidak Layak

6. Pastikan status yang terpapar ialah Tidak Lulus.

7. Klik pada butang Permohonan Rayuan.

8. Tidak perlu membuat kemaskini BPN 2.0 hanya klik butang Permohonan Rayuan itu sahaja.

9. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan BPN 2.0 boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan BPN 2.0 ini dijadikan rujukan buat semua pemohon BPN!

2 comments:

  1. Tak payah la susah2 buat rayuan utk B40 yg dapat sama dgn M40. Korg jugak yg disalahkan nanti

    ReplyDelete
  2. rasa pelik... lulus dapat 300 tetapi tengok akuan dapat 200 sahaja... nak buat rayuan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.