Semakan Baki Akaun 2 Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Semakan Baki Akaun 2 Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online|ANDA ingin semak baki Akaun 2 i-Lestari KWSP? Berita baik buat anda yang ingin membuat semakan penyata dan baki Akaun 2 dan kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan satu Portal i-Akaun yang memudahkan Ahli menyemak penyata, baki dan status pengeluaran KWSP secara atas talian (online). Berikut dikongsikan Cara Semakan Baki Akaun 2 Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP buat rujukan anda.

Semakan Baki Akaun 2 Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Sedia maklum, i-Akaun KWSP merupakan satu portal yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memudahkan pencarum KWSP menyemak status pengeluaran, semakan penyata dan baki menerusi online. Anda juga boleh menggunakan i-Akaun KWSP menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Apple App dan Google Play Store.

Semakan Baki Akaun 2 Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Baki Akaun 2 termasuk semakan penyata dan kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP:


Semakan Baki KWSP Online Di i-Akaun

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk semak penyata dan baki KWSP menerusi i-Akaun:

A. Pendaftaran Dan Pengaktifan i-Akaun KWSP

Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP sama ada menerusi emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP.

B. Log Masuk ke i-Akaun KWSP

1. Log masuk i-Akaun boleh layari menerusi Portal KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

2. Taipkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima dalam ruangan USER ID. Peringatan pengaktifan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas diterima.

3. Kemudian, masukkan ‘Kata Laluan Sementara’ dan klik pada butang ‘Login’.

4. Apabila pengaktifan selesai dan menerima notifikasi berjaya, anda boleh log masuk dengan ID baru.

C. Semakan Penyata KWSP

1. Log in akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

2. Kemudian, klik pada ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.

3. Klik pada butang ‘Cari’ dan maklumat penyata akan dipaparkan.

4. Seterusnya, anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata tersebut.

Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

1. Layari Portal Rasmi i-Lestari secara atas talian (online) menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/.

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan anda beserta Nama Penuh dan No. Telefon anda.

3. Klik pada butang "HANTAR" untuk pengemaskinian maklumat anda.

Info Penting:
*Pemohon i-Lestari KWSP boleh mengemaskini maklumat seperti jumlah pengeluaran, akaun bank dan cara bayaran i-Lestari KWSP

Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan September 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP di seluruh Malaysia.

Semoga perkongsian Cara Semakan Baki Akaun 2 dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP ini dijadikan panduan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.