Permohonan GKP 2.0 Online Mulai 1 Oktober 2020 (Semakan Status)

Permohonan GKP 2.0 Online Mulai 1 Oktober 2020 (Semakan Status)|ANDA ingin mohon Bantuan GKP 2.0? Berita baik buat anda peniaga kecil yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan GKP 2.0 bakal dibuka secara online mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Oktober 2020 menerusi laman sesawang https://gkp.hasil.gov.my.

Permohonan GKP 2.0 Online Mulai 1 Oktober 2020 (Semakan Status)

Sedia maklum, usahawan yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari telah dibantu dengan Bantuan GKP. Kini, bantuan kerajaan datang lagi dengan GKP 2.0 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan peniaga-peniaga kecil. Bantuan GKP 2.0 ini akan diberikan sekali sahaja dengan jumlah bantuan adalah sebanyak RM3,000.


Permohonan GKP 2.0 Online Mulai 1 Oktober 2020 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan GKP 2.0 termasuk syarat kelayakan permohonan dan jumlah bayaran:


Cara Permohonan GKP 2.0 Online

1. Layari Portal Rasmi GKP 2.0 menerusi pautan di https://gkp.hasil.gov.my.

2. Sila Log Masuk dan Klik pada "Daftar GKP".

3. Di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN, sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan.

4. Isikan maklumat permohonan seperti Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.

5. Klik pada tab Pengesahan di bahagian atas. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin.

6. Tekan pada butang Sahkan Captcha.

7.  Klik pada butang "Hantar".


Syarat Kelayakan Permohonan GKP 2.0

Antara Syarat Kelayakan Permohonan GKP 2.0 adalah seperti berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini. 

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia. 

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000. 

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik. 

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; 

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Jumlah Bayaran GKP 2.0

Bantuan GKP 2.0 ini akan diberikan sekali sahaja dengan jumlah bantuan sebanyak RM3,000.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03 - 89111000.


Semoga perkongsian Permohonan GKP 2.0 Secara Online ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.