Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Jadual)

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Jadual)|ANDA pemohon pengeluaran i-Lestari KWSP? Bilakah tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan September 2020? Berita baik buat anda pemohon i-Lestari yang ingin ketahui tarikh bayaran duit i-Lestari KWSP bagi bulan September 2020. Berikut dikongsikan Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 buat panduan anda.

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Jadual)

Sedia maklum, tarikh bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun pada 4 Mei 2020 yang lalu. Menerusi info terkini, tarikh pembayaran kelima (bulan September) i-Lestari KWSP dijangka pada 1 September 2020 yang bakal dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk September 2020 termasuk jadual bayaran dan semakan status:

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP 2020

1. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.

2. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3. TERKINI: Tarikh pembayaran kelima (bulan September) pengeluaran i-Lestari KWSP dijangka pada 1 September 2020 yang dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Jadual)

Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Semakan Status Bayaran i-Lestari KWSP Online

1. Layari Laman Web Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.

3. Klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "SEMAK".

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Baki Akaun 2 i-Lestari KWSP Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari di Portal Rasmi i-Lestari https://ilestari.kwsp.gov.my/ atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Untuk Bulan September ini dijadikan panduan buat anda semua!

DISCLAIMER: Portal rujukanspm tiada sebarang kaitan dengan Laman Web KWSP. Laman ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman rujukanspm.

No comments

Powered by Blogger.