Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 Yang Perlu Anda Ketahui

Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 Yang Perlu Anda Ketahui|ADAKAH anda status "Gagal Permohonan" Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020? Perhatian buat anda yang ingin ketahui senarai kod tidak lulus BSH 2020. Berikut dikongsikan Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 buat panduan anda.

Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 Yang Perlu Anda Ketahui

Sedia maklum, bagi yang status gagal/tidak lulus BSH 2020, anda boleh semak kod tidak lulus BSH 2020 dan boleh rujuk terus dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan anda buat permohonan rayuan nanti. Bagi anda yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 Yang Perlu Anda Ketahui

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 Yang Perlu Anda Ketahui:

KOD 1

Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD Pemohon

KOD 2

Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

KOD 3

Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

MyKAD / MyKID Anak; dan
Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)

KOD 4

Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

MyKAD / MyKID Anak; dan
Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan hubungan pertalian)

KOD 5

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 6

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000 termasuk Perniagaan

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan dan perniagaan
Semakan pendapatan dan perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 7

Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

TINDAKAN

Permohonan dipertimbangkan sekiranya pemohon dan pasangan memiliki perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang sama.

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah Sijil Pendaftaran Perniagaan

KOD 8

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian perniagaan
Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Rayuan dipertimbangkan terhad kepada pembuktian Dokumen Tamat Perniagaan / Letak Jawatan Pengarah Syarikat sehingga tempoh 31 Disember 2018

KOD 9

Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian perniagaan
Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Rayuan dipertimbangkan terhad kepada pembuktian Dokumen Tamat Perniagaan / Letak Jawatan Pengarah Syarikat sehingga tempoh 31 Disember 2018

KOD 10

Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan.
Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 11

Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai OKU atau Pelajar Sepenuh Masa

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian sebagai OKU
Semakan status OKU / Pelajar Sepenuh Masa akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2018

KOD 12

Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan Pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

Perjanjian Sewa Beli Kenderaan bagi Pemohon; atau
Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan

KOD 13

Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan Pasangan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

Perjanjian Sewa Beli Kenderaan bagi Pasangan; atau
Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan

KOD 14

Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan Anak memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan

TINDAKAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pemilikan kenderaan
Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan bagi tambahan RM120
Rayuan dipertimbangkan bagi tambahan RM120 sekiranya mempunyai anak lain yang menepati syarat kelayakan BSH 2019

KOD 15

Pengesahan Pemohon (A) kerana berlaku pertindihan maklumat Pemohon (A) sebagai Pasangan (A) di permohonan lain (B)

Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2019
Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

KOD 16

Pemohon dan Pasangan membuat permohonan berasingan dengan status kahwin dan maklumat yang sama

TINDAKAN

Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2019
Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
Status Kahwin
a) MyKAD Pemohon; dan
b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Untuk ketahui baca lagi kod tidak lulus BSH yang seterusnya, klik DISINI.

Semoga perkongsian Senarai Kod Tidak Lulus BSH 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.