Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang, Ini Penjelasan LHDN

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang, Ini Penjelasan LHDN|APAKAH status kelulusan BSH 2020 Fasa 3? Untuk makluman anda, kini semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Portal Rasmi BSH. Pembayaran BSH Fasa 3 akan mula diagihkan mulai 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing.

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang, Ini Penjelasan LHDN

Sedia maklum, ada pula penerima yang kurang berpuas hati dengan jumlah pembayaran BSH 2020 Fasa 3. Berikut dikongsikan penjelasan LHDN bagi menjawab kekeliruan yang timbul dalam kalangan pemohon BSH.

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang, Ini Penjelasan LHDN

Berikut dikongsikan maklumat meliputi punca bayaran BSH 2020 kurang termasuk cara semakan;

KES 1 : STATUS BSH BERTUKAR

Sebelum ini permohonan BSH Fasa Pertama dan Kedua lulus tetapi Fasa Ketiga berubah kepada permohonan diterima atau kelulusan akan dimaklumkan.

Selepas mendapat keterangan daripada pihak BSH, mereka maklumkan hal ini kerana tidak semua penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang akan layak menerima Fasa 3.

KES 2 : BAYARAN KURANG WALAUPUN GAJI BAWAH RM2,000

Pemohon juga turut menerima bayaran kurang daripada sepatutnya walaupun gaji di bawah RM2,000. Pembayaran BSH yang diterima tidak sama seperti yang dimaklumkan oleh pihak BSH.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 akan dibayar sekaligus bersama Fasa Ketiga. Untuk makluman, LHDNM mengambil kira gaji kasar pendapatan iaitu gaji sebenar sebelum ditolak Elaun, KWSP, OT dan lain-lain lagi.

KES 3: BAYARAN TAMBAHAN RM120

Bagi isi rumah layak menerima bayaran RM120 sekiranya mempunyai anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak setiap keluarga. Namun ada yang kurang puas hati dengan bayaran tambahan kerana kurang faham syarat-syarat kelayakan penerimaan bayaran tambahan RM120.

Contoh Kes Yang Dirujuk Kepada LHDN

Setelah menghubungi pihak LHDN, salah seorang pengguna telah mendapat perjelasan mengenai bayaran yang diterimanya kurang daripada diharapkan:

Pagi-pagi dah call LHDN. Tanya kenapa saya dapat BSH kurang. Kalau diikutkan gaji atas RM2000 (yang diterima). Sedangkan gaji bawah RM2000.

Rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji husband campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2k). Jadi dia ikut pendapatan kasar.

Semakan Status BSH 2020 Online

Bagi menyemak status permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Portal Rasmi BSH secara online menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my

2. Pilih MENU SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (Maklumat Pembayaran Status BSH 2020).

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk semakan status anda.

4. Isikan Captcha dan klik pada butang "SEMAK".

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Laman Web : https://bsh.hasil.gov.my
Hubungi LHDN di hotline BSH (1-800-88-2747)
Pusat Hubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900

Semoga perkongsian Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang, Ini Penjelasan LHDN ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.