Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online & Manual (Borang)

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online & Manual (Borang)|APAKAH status kelulusan permohonan BSH 2020 anda? Berita baik buat pemohon BSH status "Tidak Lulus" yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman anda, bagi anda yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online & Manual (Borang)

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online & Manual (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk dokumen sokongan:

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020

A. Secara Online

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di Portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

2. Sekiranya dipaparkan ‘Rayuan’, anda boleh kemukakan rayuan BSH secara online.

3. Lengkapkan maklumat borang permohonan yang diperlukan untuk dikemaskini.

4. Setelah selesai permohonan rayuan BSH, akan dipaparkan status seperti foto dibawah.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Secara Online & Manual (Borang)

B. Secara Manual

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat secara manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

2. Pemohon boleh muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 menerusi pautan di https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf.

3. Pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH masing-masing. Anda perlu muat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020 DISINI.

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020 Online

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Semoga perkongsian Permohonan Rayuan BSH 2020 Online dan Manual ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.