Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online|ANDA berminat mohon telefon pintar percuma? Perhatian buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma B40. Berikut dikongsikan Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 buat panduan anda.

Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Pendaftaran Telefon Pintar Percuma B40 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Kemudian, klik pada butang "Semak".

4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Online

A. Secara Online

1. Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my 

B. Menerusi Emel
1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma B40

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Info Berkaitan:

👉 Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP September 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Cara Mohon dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

No comments

Powered by Blogger.