Nilai Novel Songket Berbenang Emas

Nilai Novel Songket Berbenang Emas|APAKAH nilai murni dan contoh disebalik Novel Songket Berbenang Emas? Panduan buat calon SPM yang ingin ketahui nilai murni Novel Songket Berbenang Emas. Sedia maklum, Novel Songket Berbenang Emas merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 1 iaitu negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Nilai Novel Songket Berbenang Emas

Nilai Novel Songket Berbenang Emas

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan nilai dan contoh dalam Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan Lima:

1. Nilai kasih sayang (Kasih sayang  anak terhadap ibu bapanya)

- Dahlia amat menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.

2. Nilai keberanian

- Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.

- Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 

3. Nilai setia kawan

- Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya. 

4. Nilai pengorbanan

- Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, 

5. Nilai kerjasama

- Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.


Artikel Berkaitan:

👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nilai Novel Songket Berbenang Emas ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.