Tips Skor A Kimia SPM 2018

Tips Skor A Kimia SPM 2018|ADAKAH anda calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018? Adakah anda ingin tahu rahsia skor A subjek Kimia? Bagaimanakah cara untuk skor A kertas 1 dan kertas 2 dengan mudah? Kali ini pihak kami akan kongsikan 'Tips Skor A Kimia SPM 2018' untuk panduan calon SPM. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu anda membuat persediaan mendalam terhadap tajuk-tajuk penting subjek Kimia.

Artikel berkaitan:
👉 Tips Skor A Biologi SPM 2017
👉 Tips Skor A Pendidikan Islam SPM 2017

Tips Skor A Kimia SPM 2017

Kebiasaannya, kimia merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar aliran sains tulen. Berikut merupakan topik-topik utama yang dipelajari semasa di Tingkatan 4 dan 5.

Tingkatan 4
-Pengenalan kepada Kimia
-Struktur Atom
-Formula dan Persamaan Kimia
-Jadual Berkala Unsur
-Ikatan Kimia
-Elektrokimia
-Asid dan Bes
-Garam
-Bahan Buatan dalam Industri

Tingkatan 5
-Kadar Tindak Balas
-Sebatian Karbon
-Pengoksidaan dan Penurunan
-Termokimia
-Bahan Kimia untuk Pengguna

Panduan Menjawab

Sehingga kini, format soalan masih sama. Berikut adalah contoh format soalan Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3:

Kertas 1 (Objektif)
◾Mulakan soalan mudah. Tinggal soalan
     yang tidak dapat dijawab untuk
     sementara.
◾Cadangan penggunaan masa. 1 ½ minit
     untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit
     termasuk semakan.
◾Terus tandakan jawapan dalam kertas
     OMR.

Kertas 2 (Struktur)
◾Soalan bermula dengan maklumat
     tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa      menjawab.
◾Jawapan ringkas dan tepat. Bagi soalan
    penghitungan, tunjukkan langkah
    penghitungan.
◾Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam
    (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa      semakan.

Kertas 2 (Esei)
◾Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1
     soalan daripada bahagian C yang
     dirasakan memberi isi yang tepat dan
     terbanyak.
◾Rancangkan jawapan secara sistematik
     mengikut maklumat yang dikehendaki
     soalan.
◾Setiap soalan / bahagian soalan terdapat
     jumlah peruntukan markah.
◾Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang
     sesuai, huraikan jawapan dengan
     bantuan gambar rajah berlabel, graf,
     jadual atau persamaan kimia.
◾Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60
     minit) iaitu 30 minit setiap soalan
     termasuk masa semakan.

Kertas 3
◾ Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.
◾Kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis harus dikuasai.
◾Biasakan dengan kemahiran membaca
alat-radas seperti buret, jam randik dan
sebagainya.
◾Buat latihan melukis graf.
◾Penggunaan masa - 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
◾Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti berikut:
Contoh:
◾Pernyataan masalah ATAU tujuan
     eksperimen
◾Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
◾Bahan dan radas
◾Prosedur
◾Penjadualan data

Kata Tugas

Pelajar harus tahu Kata Tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

1. Namakan
Penerangan:
◾Berikan nama bukan formula
◾Contoh: Namakan unsur utama yang
     dicampur dengan kuprum untuk
     membentuk gangsa.
◾ Jawapan: Stanum Bukan: Sn

2. Nyatakan
Penerangan:
◾ Menulis jawapan dalam bentuk fakta
      ringkas sahaja
◾Contoh: Nyatakan satu sifat asid
◾ Jawapan: Menukarkan litmus merah
      kepada biru

3. Terangkan
Penerangan:
◾Menulis jawapan dengan memberi
    sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu
    kenyataan / fakta / prinsip.
◾Contoh: Terangkan mengapa gangsa
     lebih keras daripada kuprum tulen
◾ Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom
      mudah menggelongsor. Dalam gangsa,
      atom stanum mengganggu susunan
      atom kuprum. Dengan itu menghalang
      gelongsoran atom kuprum.

4. Takrif
Penerangan:
◾Memberi makna yang tepat
◾Contoh: Apakah yang maksud dengan
     hidrakarbon?
◾Jawapan: Sebatian yang mengandungi
     karbon dan hidrogen sahaja.
     Bukan: Sebatian yang mengandungi
     karbon dan hidrogen.

5. Ujian Gas
Penerangan:
◾Menyatakan kaedah dan pemerhatian
◾Contoh: Huraikan bagaimana gas 
     (hidrogen) disahkan hadir. 
◾Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke     dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ 
    terhasil. 
    Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.

6. Huraikan
Penerangan:
◾Menulis dengan lengkap apa yang 
     dilakukan atau diperhatikan
◾Contoh: Huraikan bagaimana anda 
     menyediakan larutan kuprum (II) sulfat 
     bermula daripada pepejal kuprum (II)     
     oksida. 
◾Jawapan : Campurkan kuprum (II) 
    oksida kepada asid sulfurik cair sehingga 
    berlebihan. Turaskan untuk 
    mendapatkan hasil turasan.

7. Ramalkan
Penerangan:
◾Membuat jangkaan sesuatu yang akan 
     berlaku berdasarkan sesuatu fakta
◾Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang 
    dijangka jika eksperimen I dijalankan 
    menggunakan radas yang lebih besar. 
◾Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.

8. Bandingkan/ Bezakan
Penerangan:
◾Menyenaraikan perbezaan dan 
     persamaan antara dua perkara. 
◾Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh 
     membezakan antara sebatian ion 
     dengan sebatian kovalen. 
◾Jawapan: Menyenaraikan 3 sifat sebatian      ion dan 3 sifat sebatian kovalen

9. Tuliskan Persamaan Kimia 
Penerangan:
◾Persamaan yang ditulis mesti seimbang.

10. Hitungkan
Penerangan:
◾Menghitung dengan menunjukkan jalan 
     kerja atau konsep dan jawapan akhir 
     serta unit dengan tepat.

11. Lukiskan graf
Penerangan:
◾ Contoh:
- Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit 
  betul
- Skala yang sesuai
- Pemindahan titik betul
- Bentuk dan graf licin

Contoh Kesilapan Calon

Soalan Struktur
◾Tidak memahami kehendak soalan
◾Menyalin semula soalan
◾Masalah ejaan pada istilah
◾Memberi lebih dari satu jawapan

Soalan Esei
◾Tidak memahami kehendak soalan
◾Tidak sertakan dengan gambar rajah
◾Jawapan terlalu umum - Tiada Isi
◾Isi yang diberikan tidak bersesuaian 
    dengan markah ditetapkan

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga berjaya kepada calon SPM dalam menduduki soalan peperiksaan Kimia nanti! 

No comments

Powered by Blogger.