Nota Lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Nota Lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018? Adakah anda sudah menguasai dan memahami Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5? Novel Silir Daksina merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 4 iaitu Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kali ini pihak kami akan kongsikan nota lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5 untuk rujukan pelajar semua.

Artikel berkaitan:
👉 Sinopsis Novel Silir Daksina 
👉 Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina

Nota Lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Nota Lengkap Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Berikut dikongsikan rujukan/nota setiap bab Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5:

BAB 1:
  • Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.

BAB 2:
  • Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai persoalan tentang ayahnya.

BAB 3:
  • Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.  Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.  Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.  Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.  

BAB 4:
  • Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya.

BAB 5:
  • Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. 

BAB 6:
  • Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. 

BAB 7:
  • Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8:
  • Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.

BAB 9:
  • Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10:
  • Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11:
  • Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya.

BAB 12:
  • Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
BAB 13:
  • Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14:
  • Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15:
  • Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16:
  • Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. 

Info:
Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Silir Daksina, anda boleh download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:

KLIK 👉 NOTA NOVEL SILIR DAKSINA

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas
👉 Nota Lengkap Novel Tirani 
👉 Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini SPM, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nota Novel Silir Daksina ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!

Kredit Artikel Asal: BMSPM.MY

No comments

Powered by Blogger.