Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online|ANDA ingin mohon telefon bimbit percuma? Perhatian buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma. Berikut dikongsikan Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online buat panduan anda.

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Pendaftaran Telefon Pintar Percuma B40 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Kemudian, klik pada butang "Semak".

4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

A. Secara Online

1. Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

B. Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:

- 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
- 1 salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma B40

Antara Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma B40 adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma Online ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

4 comments:

  1. MEMANG PERMOHONAN INI HANYA SEKALI SAHAJA KAH? SEBAB FIRST DH MEMOHON, TAPI TIDAK LAYAK, PADUHAL DARI GOLONGAN B40 JUGA. MEMANG TIDAK DAPAT MEMOHON UNTUK KALI KEDUA? AT LEAST, BAGI LAA PELUANG UNTUK MEMOHON LAGI. BUKAN SEMUA YANG MAMPU UNTUK MEMBELI TELEFON BIMBIT. RENUNGKAN LAH. TQ

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum knapa yea permohonan sy tda lulus.. Boleh ke buat rayuan.. Ank sy perlukan hp dan sim utk belajar..klu ada permohonan rayuan boleh contact sy tak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kenapa yea permohonan sy tda lulus.. Ank sy sangat perlukan hp dan sim ini utk belajar.. Plesae klu ada permohonan rayuan sy akan memohon..

    ReplyDelete
  4. Kenapa anak tdk layak ya senang kan anak sy layak sbb sy dari golongan b40

    ReplyDelete

Powered by Blogger.