Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 KWSP

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 KWSP|ANDA ingin daftar i-Akaun KWSP? Perhatian buat anda pemegang KWSP yang ingin ketahui cara daftar i-Akaun KWSP secara online untuk memudahkan membuat semakan baki Akaun 1 & 2 KWSP. Untuk makluman anda, pendaftaran i-Akaun KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi i-Akaun KWSP. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Akaun KWSP Online buat panduan anda.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 KWSP


Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 KWSP

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar i-Akaun KWSP secara online termasuk syarat kelayakan;


Pendaftaran i-Akaun KWSP Secara Online

Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar No. Tel dimana-mana kiosk atau kaunter KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

1. Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma.

2. Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP secara online menerusi pautan di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

3. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.

4. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.

5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.

6. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

7. Pilih Imej Online. Isikan Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.

8. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh terus login ke i-Akaun.


Syarat Kelayakan Daftar i-Akaun KWSP

Untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

1. Anda ialah seorang pencarum KWSP

2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah

3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC

4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 KWSP ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.