Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN|BILAKAH tarikh semakan nombor siri BPN 2.0? Perhatian buat pemohon yang gagal dikreditkan atau tidak mempunyai akaun bank bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Untuk makluman anda, penerima BPN 2.0 boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020. 

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN


Sedia maklum, pemohon perlu menyemak nombor siri BPN 2.0 di laman web rasmi BPN. Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan mematuhi penjarakan sosial.


Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan nombor siri Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk cara semakan dan tarikh penunaian nombor siri di kaunter BSN:


Apa itu Nombor Siri BPN

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.


Cara Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Online

1. Semakan Nombor Siri BPN 2.0 boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my.

2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik SEMAK.

3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.

4. Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOG MASUK.

5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.

6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucer.


Cara Penunaian Nombor Siri BPN Di Kaunter BSN

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 26 Oktober 2020. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN


Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Kemasukan Duit BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Semoga perkongsian Semakan Nombor Siri BPN 2.0 dan Tarikh Penunaian Baucar Di BSN ini dijadikan rujukan buat pemohon BPN!

No comments

Powered by Blogger.