Permohonan Baru BPN 2.0 Online Mulai 15 Oktober 2020 (Semakan Status)

Permohonan Baru BPN 2.0 Online Mulai 15 Oktober 2020 (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan baru BPN 2.0 bakal dibuka? Perhatian buat rakyat Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) secara online. Untuk makluman anda, permohonan BPN 2.0 bakal dibuka secara atas talian (online) mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020 menerusi Portal Rasmi BPN.

Permohonan Baru BPN 2.0 Online Mulai 15 Oktober 2020 (Semakan Status)


Sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah dan golongan bujang. Bagi pemohon sebelum ini tidak perlu memohon baharu kerana automatik menerima bayaran BPN 2.0. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021.


Permohonan Baru BPN 2.0 Online Mulai 15 Oktober 2020 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan BPN 2.0 termasuk syarat kelayakan, tarikh bayaran dan semakan status:


Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online

1. Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

2. Permohonan baru BPN 2.0 boleh dibuat melalui seperti berikut:

i. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my; atau

ii. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my.


Tarikh Bayaran BPN 2.0

- Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

- Manakala, bagi permohonan baharu BPN 2.0 bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.


Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

Kategori B40

◼️Isi Rumah:

- Sudah berkahwin

- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

◼️Bujang:

- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak

- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)

- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

◼️Isi Rumah:

- Sudah berkahwin

- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

◼️Bujang:

- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak

- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)

- Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000


Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0

1. Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.


Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran

Semoga perkongsian Permohonan Baru BPN 2.0 Secara Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.