Pengajaran Novel Bima Sakti Menari

Pengajaran Novel Bima Sakti Menari|APAKAH pengajaran dan contoh disebalik Novel Bima Sakti Menari? Panduan buat calon SPM yang ingin ketahui pengajaran Novel Bima Sakti Menari. Sedia maklum, Novel Bima Sakti Menari merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 3 iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.

Pengajaran Novel Bima Sakti Menari

Pengajaran Novel Bima Sakti Menari

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pengajaran dan contoh dalam Novel Bima Sakti Menari:

1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup 

Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

2. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak

Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

3. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh

Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

4. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh

Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

5. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri

Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

Artikel Berkaitan:

👉 Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Pengajaran Novel Bima Sakti Menari ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.