Nilai Novel Bima Sakti Menari

Nilai Novel Bima Sakti Menari|APAKAH nilai murni dan contoh disebalik Novel Bima Sakti Menari? Panduan buat calon SPM yang ingin ketahui nilai murni Novel Bima Sakti Menari. Sedia maklum, Novel Bima Sakti Menari merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 3 iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.

Nilai Novel Bima Sakti Menari

Nilai Novel Bima Sakti Menari

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan nilai murni dan contoh dalam Novel Bima Sakti Menari:

1. Ketabahan

- Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

2. Kesyukuran

- Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

- Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

3. Tanggungjawab

- Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

4. Ketaatan

- Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan

- Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

Artikel Berkaitan:

👉 Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nilai Novel Bima Sakti Menari ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.