Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia|PANDUAN buat anda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 yang berjudul
'Kemunculan Tamadun Awal Manusia' buat panduan pelajar.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Sedia maklum, Kertas Sejarah terbahagi kepada TIGA (3) struktur kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 yang berjudul
'Kemunculan Tamadun Awal Manusia':

A. Prasejarah

◾Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan
◾Kajian zaman prasejarah dijalankan oleh ahli arkeologi
◾Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup berpindah randah, tinggal dalam gua, tepi sungai, hidup berkelompok.
Iktiar hidup dengan memburu, memungut hasil hutan dan tangkap ikan

Zaman Neolitik

- Manusia mula hidup menetap dlm kelompok yg besar. Pandai bercucuk tanam dan menternak binatang
- Penciptaan peralatan daripada batu yg mempunyai pelbagai fungsi
- Kehidupan bermasyarat dan pengkhusan kerja Sistem tukar barang diamalkan (barter )

Zaman Logam

- Pandai mencipta peralatan drp logam, gangsa dan besi
- Pantai mencipta perahu / rumah – meneroka laut dan menjalankan dagangan persisir pantai. Sesetenggah kawasan muncul petempatan besar dan kota pertahanan seterus menjadi bandar Cth : Jericho, Jordan 800 sm

B. Makna Tamadun

• Tamadun : berasal drp perkataan Arab ( mudum / madaian )
• Madana bermasud : Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
• Perkataan Inggeris, Civilization civitas bermaksud bandar
• Perkataan Melayu : Peradaban

Konsep Tamadun

◾Barat : Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah cth : kebudayaan, undang-undang,penulisan.

◾Islam : Tamadun merangkumi lahiriah dan rohani

C. Ciri-ciri Tamadun

- Petempatan Kekal : Kawasan yang sesuai, berkait rapat dengan kawasan pertanian. Lahirlah ciptaan alatan pertanian

- Kehidupan berorganisasi : sistem keluarga dan masyarakat. Sistem social tamadun awal berbentuk pyramid. Lapisan atas bangsawan, bawah, pembesar dan rakyat

- Sistem Pemerintahan : Pemimpin / raja dilantik dikalangan mereka ( unsur magis )

- Pengkhususan Kerja : Barangan @ produk dihasilkan oleh golangan tertentu

- Aktiviti pertukaran barang berlaku secara langsung pertukaran kemahairan dan ilmu berlaku

- Agama / Kepercayaan :
Peringkat awal manusia cuba berinteraksi degan alam sekitar. Pada peringkata awal proses tamadun manusia percaya alam sekeliling mempunyai kusa ghaib (animisme ) kemudian bertukar menjagi agama.

- Bahasa dan Sistem Tulisan :
◾Proses pembentukan tamadun bermula apabila manusia mula mencipta bahasa dan tulisan dalam perhubungan dan merekod.
◾Bahasa tertua, Yunani dan Sanskrit Tulisan: hieroglif, cuneiform dan ideogram

D. Proses Pembentukan Tamadun

• Proses pembentukan tamadun bermula bila berlakunya penyesuaian manusia dengan alam sekeliling
• Contohnya : Manusia akan memilih kawasan yang sesuai untuk petempatan, seperti lembah sungai.

A. TAMADUN MESOPOTAMIA

- Lokasi : Di Lembah Sg. Euprates dan Tigris 3500sm
- Perkataan Mesopotamia berasal drpd bahasa Yunanai bermaksud “Tanah antara Dua Sungai“
- Wilayahnya terletak di antara Sg. Tigris dan Sg. Euphrates
- Sekitar tahun 3500sm wilayah Mesopotamia berkembang menjadi tamadun
- Terdapat banyak kerajaan yang muncul dan jatuh, kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria pd 3500 sm. Kerajaan terakhir Chadea 626sm

i. Proses Pembentukan

1) Bahagian Utara Baghdad – dari Baghdad hingga Assyria
2) Bahagian bandar Baghdad – Babaylon (Akad dan Sumeria)

ii. Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

1. Negara Kota (kerajaan Berdaulat)

- Ada pusat kota, tembok kota, pelabuhan kubu, pintu gerbang.
- Didalam kota ada istana, rumah kediaman, ibadat, jalan
- Pusat kota : rumah ibadat

2. Organisasi Sosial / masyarakat

3. Pemerintah – raja, ketua pendeta, ketua tentera, org bangsawan

4. Rakyat – rakyat bebas ( petani , pedagang, artisan) – Hamba( tawanan perang)

5. Sistem Pemerintahan – berbentuk teokrasi (raja dianggap tuhan @ wakil tuhan dan pemilik negara)

Cth : Raja Naramsin , di Akkad paksa penduduk sembahnya. Gelar dirinya ‘Raja Empat Penjuru Alam ’

d) Pengkhususan Kerja – peniaga,pedagang, artisan, pembuat tekstil,tukang rumah -menjalankan perdagangan dengan Lembah Indus, bawa masuk logam,kayu-kayan,emas

e) Tulisan – bermula dengan tulisan bergambar dan simbol pada tanah liat (cuneiform )

iii. Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Kod Undang-Undang Hammurabi

- Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi mengikut susun lapis masyarakat
- Kod ini mengandungi 282 undang-undang yg dipahat pada tembok / tiang besar *Hammurabi : memerintah th 1792-1750 sm berpusat di Babylon

-Sistem tulisan menghasilkan kesusasteraan seperti epik Gilgamesh
- Ilmu astronomi, geometri
Perubatan – semasa kerajaan Assyria Sebanyak 500 jenis ubatan disampelkan
Penciptaan roda – kereta kuda, kincir angin

- Wujudnya empayar pertama didunia – Raja Sargon menyatukan wilayah-wilayah Sumeria
- Perpustakaan diraja di Nineveh oleh Ashurbanipal ( 668-627 s.m )

B. TAMADUN MESIR PURBA

- Lokasi : Di Lembah Sg.Nil , Mesir 3100 sm
– Sg.Nil Biru dari Tanah tinggi Ethiopia
– Sg.Nil Putih dari Tasik Victoria, Uganda
- Kerangka Masa : zaman Logam

Tamadun Mesir Purba 4 zaman:
i. Awal : 3100-2200 sm
ii. Pertengahan : 2040-1785 sm
iii. Empayar : 1570-1085 sm
iv. Keruntuhan : 1085-322 sm

i. Proses Pembentukan

– Mencapai tahap kemajuan pada Zaman Logam sejak 5000 sm.
– Penggunaan peralatan logam-bina parit, pengairan,terusan
– Petempatan kekal di Lembah Sg.Nil (kampung – bandar –nome@ daerah)
– Sebuah bandar dipilih sbg pusat pentadbiran Cth : Thinis / Memphis / Thebes

ii. Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

• Firaun Menes 3200 sm menyatukan nome menjadi kerajaan berpusat di bandar Thinis pindah ke Memphis dan Thebes

Kehidupan bandar – Pusat pentadbiran / ekonomi / agama / tumpuan penduduk
Organisasi Masyarakat –

i) Ketua : Firaun, berkuasa mutlak dianggap suci. Jawatannya diwarisi
– dianggap jelmaan Tuhan Horus
– digelar Raja Matahari krn dipercayai anak Tuhan Matahari ( Amon Re )
– Ketua pendeta / pemilik tanah / ketua hakim / ketua pahlawan
ii) Golongan Bangsawan – pembesar / tuan
Tanah / juru tulis / rahib
iii) Rakyat Bebas – petani,pedagang,artis
iv) Hamba

iii. Sistem Pemerintahan

– Diketuai oleh : raja, bergelar Firaun - Golongan Bangsawan @ pembesar (mentadbir ), Rahib ( hal agama), Juru tulis (merekod )
– Ada Firaun perempuan, cth Firaun Hatsshepsut (1501-1479sm)
– Kerajaan empayar : Nubia, selatan Mesir ke Lubnan dan Syria

Pengkhususan kerja
- Eksport utama tekstil dan kertas, lombong emas di Nubia.
- Sungai Nil jalan utama, muncul pelabuhan Thebes, Memphis, Fayoum

Kepercayaan
i) Politeisme – percaya banyak tuhan ( Re (Tuhan Matahari) Ta-Atum (Tuhan langit ), Amun ( Tuhan Angin )

ii) Percaya Kehidupan lepas mati : makam mayat dipernuhi keperluan harian
Cth : Penemunan Makam Tutankhamun ii , badannya disaluti 11 kilo emas.

iv. Sistem Tulisan 

- Sistem tulisan hieroglif ( kombinasi simbol + gambar ) kegunaan rekod aktiviti pertanian dan kutip cukai ( hieroghlif – hieratik – demotik )

v. Sumbangan Tamadun Mesir Purba

- Seni Bina ( Piramid ) – ilham Imhotep, iaitu ahli sains / fizik / pengamal perubatan /pengarang buku sains dan sastera pada zaman Firaun Djoser 3150sm
- Piramid Sakkara tertua didunia utk Firaun Djoser

- Pendidikan dan Penggunaan Kertas – cipta kertas drp pokok papyrus

- Tinggalan tamadun Mesir direkodkan dalam tulis hieroglif dipahat pada makam dan batu

- Sistem Pendidikan utk kanak-kanak atasan, duruskan olh rumah ibadat

- Perubatan – proses memumiakan mayat

- Ilmu matematik,algebra,geometri, astronomi digunakan utuk kawal banjir sungai Nil (sistem pengairan)

C. TAMADUN INDUS

- Lokasi
Terletak dilembah Indus yg disaliri Sg.Indus di India, dikenali juga dengan tamadun Harappa iaitu bandar utama zaman tersebut.
- Kerangka masa
Sekitar tahun 2500 SM dan merosot tahun 1800 SM
- Proses Pembentukan
Penduduk dibahagian barat laut India telah membentuk petempatan kekal disepanjang Sungai Indus.
 - Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan membawa petambahan penduduk.
- Perkembangan bandar di Lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjo Daro.

i. Ciri-Ciri Tamadun Indus

1) Petempatan kekal
Pembentukan bandar terancang -Bandarnya terbahagi kpd 2 bahagian dan dikelilingi tembok Bahagian utama ( pusat petadbiran & keagamaan : bangunan pentadbiran,tempat mandi awam dan tempat simpan hasil pertanian

Bahagian kedua : kawasan perumahan berbentuk blok-blok segi empat, setiap blok berbentuk segi 4 dan disambung dengan jalan raya

2) Organisasi
Golongan Atasan : ketua pendeta dan pendeta Golongan Bawahan : Pertani,buruh dan hamba

3) Pengkhususan Pekerjaan
Pertanian,perdagangan,pertukangan dan pembuatan. Jalankan hubungan dagagan dgn Mesopotamia ( bukti terjumpanya cap mohor Indus di Mesopotamia)


4) Amalan Agama
- Masyarakatnya dikatakan beragama berikutan penemuan sebuah patung ( proto Siva) yang bertanduk tiga sedang duduk bersila
- Percaya kepada Tuhan Ibu, patung ini disembah bagi melambangkan kesuburan.

5) Sistem Tulisan
- Berbentuk piktograf

ii. Sumbangan Tamadun Indus

i. Pandai Mengeksploitasi Kelebihan

Mengambil kesempatan ke atas Lembah Sungai Indus yang subur dan pamah untuk bercucuk tanam dab mendirikan bandar

ii. Perancangan Bandar

• Keupayaan mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo Daro dan Harappa ( kepakaran dalam ilmu geografi , seni dan matematik ) untuk susun atur tempat dan pengisian
• Bandar disusun bentuk segi empat dan ada jalanraya

iii. Sifat Keterbukaan

• Sanggup membuat hubungan dgn tamadun lain untuk bertukar pandangan dan teknologi.
• Sanggup menerima ilmu,sumbangan tamadun luar untuk digunakan dalam tamadun Indus iaitu menerima pakai sumbangan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia.

D. TAMADUN HWANG HO 

- Lokasi
Di lembah Sungai Hwang Ho @ Sg.Kuning di China. Sungai ini mengalir ke Teluk Bo Hai.

- Kerangka Masa
Sekitar 1800 SM
• Dinasti Hsia merupakan Dinasti beraja pertama di China sekitar tahun 2205-1766 SM
• Shang Dynasty 1766-1050 SM
• Dinasti Chou 1050-256SM

i. Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho 

- Penduduk nomad membuat petempatan di lembah Sungai Hwang Ho. Bandar Sian merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
- Bandar lain seperti Anyang di zaman kerajaan Dinasti Shang

ii. Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

i. Negara Kota
- Anyang merupakan sebuah negara kota- dibandar ini terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran dan tembok
- Ketua pemerintah raja,golongan pembesar dan agama tinggal di bandar

ii. Organisasi Sosial
• Atasan: Golongangan bangsawan pembesar,pegawai kerajaan
• Bawahan : Petani,artisan ,pedagang (artisan pakar dalam teknologi gangsa dgn menghasilkan senjata, barang hiasan dan alat agama.
• Perhambaan berleluasa di zaman Dinasti Shang.

iii. Pengkhususan Pekerjaan
• Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing ( tentera berkuda dan berjalan kaki)
• Artisan – mereka cipta pelbagai barangan tembaga, tembikar
• Hamba sebagai tentera paksaan, upacara korban dan buruh.

iv. Sistem Pemerintahan
- Dinasti Shang berbentuk pemerintahan Beraja
- Pengganti raja dari kalangan saudara lelaki @ anak lelaki
- Berkuasa mutlak dikawasan pusat pentadbiran
- Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
- Mandat akan ditarik kiranya raja zalim
- Golongan bangsawan mentadbir wilayah dgn mewujudkan pentadbiran , cukai, undang2 sendiri - Raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan dgn ikrar taat setia dan memberi hadiah spt kereta kuda,senjata,hamba dan binatang
- Pembesar tempatan sebagai ketua agama

v. Agama dan keperluan
• Animisme dan politiesme
• Penyembahan roh nenek moyahg
• Sembah tuhan syurga ( Shang –ti )
• Tuhan bumi ( Tu )
• Penyembahan bukit,sungai gunung -upacara penyembahan melibatkan muzik,tarian,korban diketuai oleh bomoh
• Percaya kepada ramalan @ nujum – contohnya, tulang binatang @ oracle boleh meramal keadaan- caranya: tulang diletakkan diatas api, rekahannya boleh ditafsirkan

vi. Sistem Tulisan
vii. Rekahan daripada tulang menimbulkan idea untuk mencipta tulisan. Tulisan berbentuk ideogram

iii. Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1) Sistem Pemerintahan Monarki
• Pemerintahan beraja diamalkan sehingga dinasti Ching
• Konsep mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti dikaitkan dgn raja

2) Ekonomi
• Pembinaan Pengairan- terusan dibina untuk pengairan pertanian
• Zaman Dinasti Chin, Shih Huang Ti membina terusan di Szechwan
• Pertanian – teknologi pembajakan dan cangkul. Alat pertanian daripada kayu kepada besi – Penggunaan batas tujuan penanaman

3 ) Tulisan
• Sistem tulisan berkembang secara evolusi dan masih digunakan sehingga hari ini

4) Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang yang diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Cina

5) Sistem kalender 30 hari sebulan dan 365 hari setahun - raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam, menuai, perkahwinan, pemburuan, pengembumian

6) Falsafah Perang Sun Tzu (karya the Art of war) selok belok perang

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>> https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.