Jadual Peperiksaan SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia|ADAKAH anda calon peperiksaan SPM tahun 2018? Bilakah tarikh peperiksaan SPM 2018? Perhatian buat pelajar Tingkatan Lima (5) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018. Untuk makluman anda, menerusi Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia, tarikh rasmi peperiksaan SPM 2018 akan diumumkan tidak lama lagi. Pada tahun 2017, peperiksaan SPM berlangsung dari 6 November hingga 4 Disember 2017.

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia

Selain takwim peperiksaan SPM, terdapat jadual peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3STAMSTPM, PAV dan SPM (U) Ulangan, sila rujuk di Tarikh Peperiksaan Awam 2018.

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Sijil Pelajaran Malaysia

Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPM 2018 merangkumi tarikh, masa, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan:

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018

*Akan dikemaskini setelah pengumuman
 rasmi dibuat oleh LPM
*Draf Jadual SPM 2018

Nota Peperiksaan SPM 2018

Tarikh peperiksaan SPM 2018 akan diadakan seperti berikut:

◾ Ujian Lisan: *Akan dikemaskini
◾ Ujian Bertulis: *Akan dikemaskini

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh memuat turun/ download Jadual Peperiksaan SPM 2018 dalam bentuk PDF, sila klik Jadual Waktu SPM 2018.*

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 ini memberi manfaat untuk calon SPM! 

No comments

Powered by Blogger.