Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari

Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari|APAKAH tema dan persoalan disebalik Novel Bima Sakti Menari? Novel Bima Sakti Menari merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi
ZON 3 iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. Semoga perkongsian ini memudahkan para pelajar membuat rujukan tema dan persoalan dalam novel ini.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Bima Sakti Menari Komsas Tingkatan 5

Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari

Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari

Berikut dikongsikan tema dan persoalan Novel Bima Sakti Menari untuk panduan anda:

TEMA
👉 Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

(Huraian)

Contohnya, Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha dengan mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

PERSOALAN

1) Persoalan kebijaksanaan dalam
    menangani masalah

Contohnya, Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

2) Persoalan hubungan kasih sayang antara      ibu dengan anak

Contohnya, Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya, Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

3) Persoalan cinta akan alam sekitar

Contohnya, Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.

4) Persoalan penceraian tidak menghalang
     kasih sayang antara ibu bapa dengan
     anak

Contohnya, Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.

5) Persoalan ketaatan kepada ajaran agama

Contohnya, Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Tema dan Persoalan Novel Bima Sakti Menari ini dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.