Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019? Adakah anda telah membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi exam nanti? Kali ini pihak kami akan kongsikan teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pendidikan Islam dengan betul. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua calon SPM pada tahun ini.

Artikel berkaitan:
👉 Tips Skor A Pendidikan Islam SPM
👉 Koleksi Soalan Percubaan SPM Pendidikan Islam

Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

Berikut dikongsikan teknik menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam SPM untuk panduan semua calon:

Ciri Soalan KBAT Pendidikan Islam

1. Ada Stimulus/Rangsangan Minda

Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus samada dalam bentuk gambar, dialog, petikan akhbar dan lain-lain.

2. Peruntukkan Markah

Peruntukkan markah dipecah seperti berikut:
👉 Isi: 1 markah
👉 Huraian: 2 markah
👉 Kesimpulan: 1 markah

Calon perlu mengemukakan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan untuk 4 markah penuh!

Teknik Membina Jawapan KBAT

👉 Mengenalpasi kehendak soalan melalui clue yang diberi. Misalnya, 'Bagaimana', 'Kenapa', 'Apa Pendapat Anda'.
👉 Menyenaraikan isi yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja mengikut mana paling mudah hendak huraikan.
👉 Menghuraikan isi yang dipilih. Contoh huraian isi seperti berikut:
  • Memberi keterangan tambahan
  • Memberi contoh kepada isi
  • Memberi perumpamaan atau kata hikmat
  • Memberi dalil al-Quran dan Hadis
👉 Memberi kesimpulan. Kesimpulan hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian yang ditulis. Contoh dalam bentuk kesimpulan: 'Kita hendaklah', 'Kita mestilah', 'Kita perlulah'.

Format Betul Menjawab Soalan KBAT


Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

👉 Jawapan wajib ada 4 perkara (1 Isi, 2 Huraian dan 1 Kesimpulan)
👉 Jawapan perlulah dalam bentuk isei bukannya dalam 'point'.

Info Lanjut

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

2 comments:

  1. Mcmanana nak beli tips pengetahuan Agama Islam utk spm 2019 tahun ini.

    ReplyDelete
  2. Mcmanana nak beli tips pengetahuan Agama Islam utk spm 2019 tahun ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.