Sinopsis Novel Tirani Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Tirani Tingkatan 5|ADAKAH anda sudah menguasai dan memahami Novel Tirani Komsas Tingkatan 5? Apakah sinopsis disebalik kisah Novel Tirani? Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 2 iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Novel Tirani Komsas Tingkatan 5
👉 Tema dan Persoalan Novel Tirani

Sinopsis Novel Tirani Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Tirani Komsas Tingkatan 5

Berikut dikongsikan sinopsis novel Tirani Komsas Tingkatan 5 dibawah:

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni  bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan. iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC. Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam.

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya. Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.

Tema 

👉 Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya

Huraian:

(i) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

(ii) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.

(iii) Contoh: Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.

Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Tirani, anda boleh dapatkan dengan download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:

KLIK LINK : 👉 NOTA NOVEL TIRANI

Artikel berkaitan:
👉 Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas
👉 Sinopsis Novel Bima Sakti Menari
👉 Sinopsis Novel Silir Daksina

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Sinopsis Novel Tirani ini dapat membantu anda menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.