Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5|ADAKAH anda sudah menguasai dan memahami Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5? Apakah sinopsis disebalik kisah Novel Songket Berbenang Emas? Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 1 iaitu Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5
👉 Tema dan Persoalan Novel Songket Berbenang Emas

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Berikut dikongsikan sinopsis novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5:

Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa.  Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya.  Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu.  Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama.   Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa hari.  Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya.  Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di bawah rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar dari hospital.  Azhari telah menghantarnya balik ke rumah.

Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan jayanya dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya.  Dahlia terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh daripada penyakitnya.

Tema Novel Songket Berbenang Emas

👉 Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup

(Huraian)

Dahlia, seorang gadis yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais, cekal menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.

Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya.

Dahlia berusaha sedaya upaya untuk menghadapi semua ujian tersebut dengan jiwa serta semangat yang kental.

Cabaran bermula apabila ibunya apabila ibunya, Saleha disahkan menghidap penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat  dan kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Baharu untuk rawatan pemulihan.

Dahlia juga gigih menghadapi sikap prejudis nenaknya, Nek Kiah terhadap keluarga Dahlia kerana keluarga Dahlia miskin berbanding dengan keluarga anak-anaknya yang lain.

Kisah tragis berterusan apabila ayahnya dipatuk ular tedung sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Dahlia juga terpaksa berhadapan dengan konflik cinta apabila dia menjadi rebutan dua jejaka, Azhari dan Najib.

Kemelut dalam soal pelajaran terpaksa dihadapinya kerana dia sering tidak dapat hadir ke sekolah demi adik-adiknya, walaupun tahun itu dia akan menghadapi peperiksaaan STPM.

Info:
Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Songket Berbenang Emas, anda boleh download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:

KLIK 👉 NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Artikel berkaitan:
👉 Sinopsis Novel Tirani
👉 Sinopsis Novel Bima Sakti Menari 
👉 Sinopsis Novel Silir Daksina

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini SPM, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.