Sinopsis Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5|ADAKAH anda sudah menguasai dan memahami Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5? Apakah sinopsis disebalik kisah Novel Silir Daksina? Novel Silir Daksina hasil karya Nizar Parman merupakan novel terpilih untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 4 iaitu Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Artikel berkaitan:
👉 Nota Lengkap Novel Silir Daksina
👉 Tema dan Persoalan Novel Silir Daksina

Sinopsis Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5

Berikut dikongsikan sinopsis novel Silir Daksina Komsas Tingkatan 5 dibawah:

Novel Silir Daksina mengisahkan dengan Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung  halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu?

Tema 

👉 Novel Silir Daksina membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

Info:
Bagi mendapatkan nota setiap bab Novel Silir Daksina, anda boleh download LINK berbentuk PDF seperti dibawah:

KLIK 👉 NOTA NOVEL SILIR DAKSINA

Artikel berkaitan:
👉 Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas
👉 Sinopsis Novel Tirani
👉 Sinopsis Novel Bima Sakti Menari

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini SPM, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Sinopsis Novel Silir Daksina ini dapat membantu calon menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.