Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia|ADAKAH anda merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017? Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Untuk makluman anda, Kertas Sejarah terbahagi kepada 3 Struktur Kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
👉 Koleksi Nota Ringkas Sejarah SPM Tingkatan 5 Semua Bab
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM bagi Bab 4 yang berjudul
'Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia' untuk panduan pelajar semua:

BAB 4 TINGKATAN 5: 
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

4.1 Malayan Union
4.1.1 Sebab-Sebab Pengenalan Malayan
         Union
4.1.2 Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union
         1946
4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union
4.1.4 Tindakan Orang Melayu
         Menentang Malayan Union

4.2 Persekutuan Tanah Melayu
4.2.1 Faktor-faktor Pembentukan  
         Persekutuan Tanah Melayu
4.2.2 Langkah-langkah Pembentukan
         Persekutuan Tanah Melayu
4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
         1948
4.2.4 Tokoh-tokoh Penggerak Persekutuan
         TanahMelayu 1948

4.3 Pergerakan Politik Di Sarawak & Sabah

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
● British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran Yang Licin
● British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
● Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan Kos Pentadbiran
● Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
●  Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union
● British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
● Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal Kuasa Politik Orang Melayu
● British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
● Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION 1946

●  Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.
●  Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yang akan mengetuai Malayan Union.
●  Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
●  Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
●  Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
● Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
●  Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
●  Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union:
● Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
● Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
● Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
● Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
● Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
● Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
●Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
● Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
● Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
● Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
● Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti  Kesultanan Melayu Melaka.
● Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.

GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

1. Orang Dagang dan Golongan Melayu Radikal
●  Golongan ini bersetuju  dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
● Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
● Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
● Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

2. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
● Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
● Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

3. Angkatan Pemuda Insaf (API)
● Pimpinan Ahmad Boestamam
●  Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
●  Menjadi wartawan
●  Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

4. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

5. Barisan Tani Malaya (BATAS )

CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

●  Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
●  Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
● Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
● Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
● Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
●  23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
●  Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
●  Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
●  Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
●  Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
● Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
● Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada semua golongan
●  Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British
●  Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
●  Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.

3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British
● Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.

4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana
● Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.
● Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.

5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan
●  British memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
●  Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union
●  Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
●  Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945
●  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
●  PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan.

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

●  Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.
●  Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
●   Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
●  Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
●  Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:

●  Syarat kerakyatan diperketatkan.
●  Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
● Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang ).
● British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
● Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

● Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
●  Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.
● Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
● Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
● Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
●  Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
●  Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
●  Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
● Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
● Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.
● Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
● Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan  Rukun Tiga Belas.
● Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
● Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
● Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

PERGERAKAN POLITIK DI SABAH

● Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
● Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
● Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.

● Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.


Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nota Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
menjadi rujukan pelajar menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.