Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa|ADAKAH anda merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017? Adakah anda sudah membuat persiapan untuk menghadapi kertas peperiksaan Sejarah? Untuk makluman anda, Kertas Sejarah terbahagi kepada 3 Struktur Kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

Artikel berkaitan:
👉 Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
👉 Koleksi Nota Ringkas Sejarah SPM Tingkatan 5 Semua Bab

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM bagi Bab 3 yang berjudul
'Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa' untuk panduan pelajar semua:

BAB 3 TINGKATAN 5: 
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara &
      Bangsa
3.1.1 Pembinaan Negara & Bangsa
3.1.2 Ciri-Ciri Negara & Bangsa

3.2 Kesultanan Melayu Melaka - Asas
      Pembentukan Negara & Bangsa
3.2.1 Ciri-Ciri Negara & Bangsa Dalam
         Kesultanan Melayu Melaka

3.3 Warisan Negeri-Negeri Melayu
3.3.1 Johor - Undang-Undang Tubuh
         Kerajaan Johor
3.3.2 Kelantan - Sistem Jemaah Menteri
3.3.3 Terengganu - Undang-Undang Tubuh
          Kerajaan Terengganu (Ittiqan-
          ilmuluk-bi-ta'dil il-suluk)
3.3.4 Negeri Sembilan - Prinsip Demokrasi &           Persekutuan

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

1. Negara
■  Negara – wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yang berwibawa.
■  Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

2. Bangsa
■ Merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah.
■ Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

3. Kerajaan
■ Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
■ Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
■ Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

4. Perlembagaan
■ Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
■ Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. Wilayah Pengaruh
■ Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
■ Wilayah Pengaruh – kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
■  Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur Sumatera.

2. Kedaulatan
■ Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
■ Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
■ Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.

3. Lambang-lambang
■ Lambang Negara – Simbol atau tanda yang mempunyai ientiti sesebuah negara.
■ Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
■ Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
■ Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.

4. Keunggulan Undang-Undang
■ Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
■ Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat.
■ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
■  Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan masyarakat.
■  Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.
■  Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

5. Rakyat
■ Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
■ Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.

6. Kerajaan
■  Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
■  Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

1. Latar Belakang
■ Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
■ Dikuatkuasakan pada tahun 1895.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh  
    Kerajaan Johor
■  Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
■  Pengiktirafan orang Melayu sebagai
    rakyat Johor.
■  Agama Islam sebagai agama negeri.
■  Raja hendaklah berbangsa Melayu
■  Lelaki
■  Beragama Islam
■  Merupakan waris pemerintah Johor
■  Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
■  Raja berhak memilih menteri Besar.
■  Naib menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.

3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.

4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa pelaksanaan.

5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan rakyat.

6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 org pegawai kanan kerajaan yang menjadi anggota Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.

7. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang
■  Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
■ Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
■  Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

● Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
●  Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
●  Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
● Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
●  Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
●  Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
●  Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
●  Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

1. Latar Belakang
■  Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
■  Dikenali juga sebagai Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
■ Tujuan – untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
■  Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
■  Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
■ Berbangsa Melayu.
■  Lelaki.
■  Merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu.
3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan.
5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan dengan negeri lain.
8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianat pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL:

● Perlantikan Raja
● Syarat menjadi Raja
● Waris takhta
●  Tertib Raja
●  Zuriat Sultan
●  Raja yang belum cukup umur.
●  Tegahan kepada raja
●  Sara hidup kerabat iraja
●  Menteri
●  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
●  Tanggungjawab pembesar
●  Kedudukan Agama Islam
●  Ketaatan kepada pemerintah
●  Kesalahan khianat kepada negeri
●  Pemilihan Menteri Besar dan Naib
     Menteri Besar
●  Kepentingan dan agenda mesyuarat    
    kerajaan
●  Mengadakan perjanjian
●  Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.

NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN

1. Latar Belakang
■  Negeri Sembilan teriri drpd  9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
■ Pada abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar.
■  Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
■  Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
■   Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

UNSUR DEMOKRASI DALAM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN

■ Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
■  Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
■  Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
■  Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
■  Lembaga pula dipilih oleh Buapak.
■  Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
■  Buapak merupakan Ketua Perut.
■  Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
■ Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yang berkaitan dengan adat.

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link group Telegram kami:
KLIK>>https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Nota Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
menjadi rujukan pelajar menghadapi peperiksaan SPM nanti!

No comments

Powered by Blogger.