Gred Pemarkahan Terkini Bagi UPSR, PT3 dan SPM 2019

Gred Pemarkahan Terkini Bagi UPSR, PT3 dan SPM 2019|UNTUK pengetahuan anda, gred pemarkahan peperiksaan untuk UPSR, PT3 dan SPM yang digunapakai oleh seluruh sekolah adalah dalam Sistem SAPS NKRA. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa. Sistem SAPS akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar bagi Sekolah Rendah (Darjah 1-6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5).

Artikel berkaitan:
👉 SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Gred Pemarkahan Terkini Bagi UPSR, PT3 dan SPM 2017

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan dan Ujian

Perubahan dalam julat gred markah terkini melibatkan TIGA peringkat pembelajaran seperti berikut:

◾ Julat Gred Sekolah Rendah (UPSR) 2016
◾ Julat Gred Menengah Rendah (PT3) 2016
◾ Julat Gred Menengah Atas (SPM) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah    
     (SR) 2016 - UPSR

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 80 - 100 : A : CEMERLANG
  • 65 - 79 : B : BAIK
  • 50 - 64 : C : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : D : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : E : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah 
    (MR) 2016 - PT3

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 85 - 100 : A : CEMERLANG
  • 70 - 84 : B : KEPUJIAN
  • 60 - 69 : C : BAIK
  • 50 - 59 : D : MEMUASKAN
  • 40 - 49 : E : MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • 0 - 39 : F : BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
  • TH : TH : TIDAK HADIR
C) Julat Gred Markah Menengah Atas
    (MA) 2016 - SPM

Julat Markah/ Gred/ Catatan
  • 90 - 100 : A+: CEMERLANG TERTINGGI
  • 80 - 89 : A: CEMERLANG TINGGI
  • 70 - 79 : A-: CEMERLANG
  • 65 - 69 : B+: KEPUJIAN TERTINGGI
  • 60 - 64 : B: KEPUJIAN TINGGI
  • 55 - 59 : C+ : KEPUJIAN ATAS
  • 50 - 54 : C: KEPUJIAN
  • 45 - 49 : D: LULUS ATAS
  • 40 - 44 : E: LULUS
  • 0 - 39 : G: GAGAL
  • TH : TH: TIDAK HADIR
Sistem Gred SPM

Melalui sistem gred pemarkahan baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A +, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.

Gred 3B ditukar kepada B + dengan merit 12, 4B kepada B (10), 5C kepada C + (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini, join dengan klik link Channel Telegram dibawah:
KLIK 👉 https://t.me/rujukanexamspm

Semoga perkongsian Gred Pemarkahan
Tahun 2019 ini memudahkan para pelajar UPSR, PT3 dan SPM meningkatkan lagi tahap pembelajaran dalam menghadapi peperiksaan!

No comments

Powered by Blogger.